Apa ada pada REKOD?
Saya ada menonton satu video conference untuk Kejohanan Olahraga Dunia 2017, London di youtube. Then ada beberapa point yang saya dapat dan rasanya bagus untuk saya kongsikan.
Dalam pertandingan akhir 100 meter menyaksikan Jastin Gutlin menewaskan jaguh pecut dunit Usain Bolt, yang mendapat tempat ke-3. Christian Coleman tempat ke-2.
Apa yang menarik perhatian saya adalah, apabila Bolt ditanya mengenai kekalahan beliau dalam kejohanan ini pada Gatlin dan Coleman, antara point yang dia cakap adalah dia start lambat. Berapa lambat... “perpuluhan saat” lambat .sec sahaja....tapi ia memberi kesan kepada 50 meter kedua dan 10 meter terakhir....
Macam mana dia tahu dia lambat?...maybe dari segi result akhir. Ketepatan lambat tu hasil daripada timer yang disetkan...so, dia mengaku dia start lambat dan itu antara benda yang menjadi cabaran dia sepanjang tahun nie...So, apa kaitan dengan business yang saya nak sampaikan?..
“ Apa yang saya nak sampaikan adalah berkenaan DATA atau RECORD yang diambil untuk tujuan diagnosis performance bagi tujuan penambahbaikkan pada masa akan datang”
So, bayangkan kalau takde timer yang record speed atau timing setiap pelari, macam mana nak tahu pelari tu lambat start dan berapa lambat nak start dan macam mana improve akan datang. Jadi, sama jugak dalam business kita. Kita kena recordkan activity harian kita supaya kita boleh jadikan ia sebagai satu rujukan untuk kita improve performance kita pada masa akan datang. Dalam case Usain Bolt nie, .sec pun diambil kira, kalau ikutkan apa la sangat...tapi itu lah antara punca membezakan antara champion dengan bukan champion.
Saya amat tekankan, agent supaya record activity mereka khususnya Vital Behavior yang telah disetkan. Ia akan banyak membantu kita untuk improve mana2 area yang kita lemah.
Dalam video conference yang sama, Justin Gatlin ditanya mengenai perancangan masa hadapan termasuklah persediaan untuk Tokyo 2020, sukan Olimpik. Apa yang menarik perhatian saya adalah...cara dia menjawab dengan berkata “Saya focus race by race..memang betul ada target yang jauh, tapi buat masa sekarang, apa yang penting adalah setiap race yang terdekat yang saya akan berlumba...”
Sama juga dalam bidang takaful business ni khususnya, kita ada 10 tahun punya target business plan, 5 tahun, 1 tahun....tapi apa yang kita patut focus adalah DAILY ACTIVITY kita. Kalau daily activity kita kita tak boleh manage dengan baik, dan setiap hari akan ulang perkara yang sama, dan selepas seminggu...akan terbuang masa macam tu sahaja.
So, kalau anda tanya saya, focus pada daily activity dan usaha untuk hit weekly target. Sebab ia lebih ringan sebab kita dah pecahkan kepada target yang lebih kecil dan boleh dicapai. So, pada saya ia akan membantu untuk memberi keyakinan kepada kita untuk capai setiap minggu dan akhirnya bila cukup sebulan, kita dapat capai target sebulan pulak..dan macam tu la seterusnya..
Contoh, kita target sebulan nak closed 30K, then seminggu target dalam 8K - 10K sales. So, focus bebetul untuk buat activity yang boleh dapat target 8K-10K tu dalam masa seminggu. Jangan leka, sebab kekadang bila kita leka dan kita rasa kita ada banyak masa menyebabkan kita terlepas banyak peluang dan asyik missed target sahaja.
So, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Sekian.
Aziz Riadi
Financial Coach
www.aarassociates.com