top of page

7 CARA MUDAH KEKALKAN SEMANGAT YANG HILANG

As salam dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Beberapa hari dalam bulan July 2015 yang lepas, saya ada membuat routine coaching dan monitoring agent-agent saya. Ada beberapa perkara menarik yang saya jumpa dan saya suka untuk kongsikan kepada kengkawan pada pembaca sekalian. Dalam pelbaga factor yang biasa saya check satu persatu melalui recording yang saya buat iaitu dari segi MIND SET, SKILL SET, TOOLS SET dan PLATFORM.....terdapat satu factor penting lain yang kurang dalam ramuan tersebut, iaitu SPIRIT (semangat seseorang)....

Jadi saya pun mula semak semua record yang saya ada, dan saya diagnose sekumpulan besar daripada mereka memang ada cabaran dalam mengekalkan semangat (sama ada untuk personal atau business)....then saya semak balik apa yang saya rasa dan saya buat...sebab pada saya, saya ni mmg sentiasa bersemangat...and kalau orang lain tak bersemangat pun, saya tetap bersemangat walau pun kekadang terpaksa buat seseorang....atau dengan beberapa orang (sedikit bilangannya) yang hanya percaya pada saya yang follow. Yang lain....normally start "doubt" dengan apa yang saya cuba sampai....takde masalah, sebab apa yang penting adalah apa yang kita boleh kawal, bukan benda yang kita tak boleh kawal.

So, kesimpulannya, saya kongsikan

"7 cara mudah nak dapatkan balik semangat yang hilang."..

1. SEMAK IMPIAN SAMA ADA JELAS DAN BERMAKNA ATAU TIDAK.

Perlu semak semula impian anda. Adakah ianya JELAS dan BERMAKNA?. Kalau tak jelas dan bermakna, anda patut adjust IMPIAN anda semula. Ini kerana, IMPIAN yang tidak jelas dan tidak bermakna akan menyebabkan diri kita semakin tidak bermaya atau mula selesa dengan apa yang kita ada. Dan ada yang terfikir, semakin sukar untuk mencapai impian, dan mula negotiate dengan basic2 prinsiple dalam mengejar impian yang mungkin kita telah set dari awal. Atau pun mungkin anda telah capai beberapa impian anda menyebabkan anda rasa sudah puas dengan apa telah dicapai. Kalau macam tu keadaannya, anda perlu upgrade IMPIAN anda....Secara analoginya, IMPIAN ini merupakan destinasi kita ke sesuatu tempat, dan kalau kita bergerak tanpa ada IMPIAN yang jelas, akhirnya kita tidak tahu kemana kita akan tuju dan akhirnya kita semakin sesat ditengah jalan. Dan yang paling bahaya anda mungkin tersesat jauh sebelum anda tahu yang anda sesat.

Sebagai contoh, anda mungkin ingin miliki kereta mewah, then kalau dah dapat, anda akan rasa complaisant. So, anda kena upgrade IMPIAN anda kepada yang lebih bernilai...sebagai contoh, anda nak berikan elaun bulanan kepada ayah dan ibu anda sebanyak gaji anda sebulan semasa anda kerja makan gaji....mungkin jumlahnya sama dengan bayaran kereta mewah anda...tapi, adakah nilainya sama?...Nilai yang berbeza ini lah yang memberi makna yang berbeza antara setiap orang.

Apabila anda sudah ada impian yang jelas dan bermakna, now part paling penting...iaitu create STORY....story yang macam mana?...story yang anda dah dapat benda tu. Walau pun sebenarnya belum dapat....Kenapa nak buat macam nie...ini adalah process nak reprogram minda kita. Sebab selama nie, kita astik fikir yang kita susah, kita tak berjaya, kita gagal...kita tak dapat itu sebab masalah itu, kita tak dapat ini sebab masalah ini...kita tak dapat itu dan ini disebabkan oleh masalah itu dan ini...so, STORY ni anda kena ulang-ulang cerita dalam kepala otak anda...ulang dan ulang...hari2 sampai dapat...

Sebagai contoh cerita...

"Alhamdulillah, aku bersyukur hari nie aku ada cash RM 1 juta dalam account, aku boleh beri mak aku dan dan ayah aku RM 7000 sebulan untuk dia pergi menunaikan haji. Business aku berkembang setiap hari. Aku sentiasa positif setiap hari dan aku jumpa 5 orang setiap hari untuk sharing "teknik jaga duit dalam account bank dari kena curi......dan seterusnya."

Tips 1 : Cerita mestilah positive dan mesti ke arah mencapai impian anda.

Tips 2 : Buat simple and practical, jangan terlalu complicated dan complex. Sebab

Complexity is the Enemy of Execution. Keep It Sharp and Simple (KISS).

Tips 3 : Buat karangan dan baca setiap hari, without missed.

2. CONVERT IMPIAN KEPADA NILAI DUIT....

Oleh kerana saya ni dalam bidang insurance / takaful..saya akan gunakan kaedah yang boleh digunakan dalam bidang takaful.....Step kedua ini, anda perlu convert IMPIAN anda tadi kepada satu jumlah nilai (yang paling mudah adalah dalam ringgit)...

Sebagai contoh, anda ingin bawa ibu dan ayah anda menunaikan haji dengan pakej swasta bernilai RM 65,000 setiap orang. Jadi, untuk 2 orang RM 130,000 tak termasuk dengan duit belanja....katalah total semua sekali dalam RM 85,000 setiap orang iaitu RM 170,000 secara total. So, anda dah dapat nilai Impian anda dan anda tahu ianya amat bermakna.

3. SET BILA NAK CAPAI IMPIAN...

Anda kena rancang dan set bila anda nak capai Impian anda. Katakanlah anda nak kumpul RM 170,000 untuk ibu dan ayah anda dalam masa 2 tahun...so, anda kena plan macam mana nak dapatkan RM 170,000 tu dalam masa 2 tahun.

Again...kerana saya ni dalam bidang insurance....segala impian yang kita ingin capai in sha Allah kita akan capai kalau kita bekerja kuat untuk capainya....

4. CONVERT NILAI IMPIAN KEPADA PRODUCTION DALAM TAKAFUL / INSURANS

So, kalau RM 170,000 berapa anda perlu simpan setiap bulan bagi membolehkan anda cukup wang simpanan RM 170,000?

Sample kiraan : 170,000 / 24 = RM 7083 sebulan anda kena simpan. 24 bulan, then anda akan capai RM 170,000 (tanpa kira dividen kalau anda simpan tempat yang boleh dapat dividen)

Kalau setahun anda perlukan RM 85,000....anda perlu dapatkan 54,000 Total Production Credit sebulan.

Bagaimana mana saya boleh dapat 54,000 TPC boleh dapat jumlah terkumpul commission RM 85,000 setahun?....cuba anda kira increment setiap bulan dan campurkan semua increment tersebut selama setahun (tanpa anda guna duit tu...sebab focus utk dapatkan RM 85,000 setahun)...kalau anda tak boleh kira, anda kena belajar dalam kelas Agency Foundation Training saya...saya boleh buktikan kiraan tersebut.

So, untuk dapat 54,000 TPC sebulan anda kena target satu client dengan RM 250 caruman sebulan, anda perlukan 18 orang sebulan, atau 5 clients setiap minggu. Dah dapat yang ini seterusnya anda kena ikut step no 5..

Ada cara lain, kalau anda boleh dapatkan client2 yang memerlukan perlindungan kewangan yang besar, yang mungkin perlu membayar sumbangan bulanan yang besar, contoh RM 1,000 sebulan...jadi, anda mungkin perlu cari 5 clients sahaja sebulan....so, bergantung kepada strategy anda....pada saya, apa2 pun yang penting adalah step no. 6.

5. PECAHKAN PRODUCTION KEPADA ACTIVITY

Sila semak closing ratio anda...kalau closing ratio anda (3 orang anda present / sharing 1 akan sign up)..jadinya anda perlukan 15 presentation seminggu utk dapatkan 5 orang clients. So, make sure anda fight dapatkan presentation. Kalau anda tanya saya, walau pun closing ratio 3:1...anda perlu ada buffer extra...mungkin seminggu dalam 20-25 presentation. Sebab apa, sebab kita nak closed deal biasanya amik masa sebab kita kena build trust dengan client...so, kalau anda open banyak...in sha Allah anda akan berpeluang untuk follow up banyak..so, chance nak closed lebih tinggi...

Kalau anda punya closing ratio belum sampai tahap sharing 3 closed 1, anda kena improve skill presentation anda. Mahirkan teknik2 yang dalam sharing takaful yang ada....jangan give untuk upgrade skill anda. Apa yang anda perlu buat adalah practice...practice dan practice....

6. MULA KAN TINDAKAN SEGERA DAN DISIPLINKAN DIRI

Anda dah plan...part yang paling penting adalah...JUST DO IT. ACTION...ACTION...ACTION...ACTION....

SEE PEOPLE AND SHARING....SEE PEOPLE AND SHARING...SEE MORE PEOPLE AND MORE SHARING...

Sharing mesti dengan penuh keterujaan...Enthusiastic...kalau anda tak biasa...biasakan...macam mana?..paksa diri anda...kalau tak reti, berlakon untuk teruja sampailah anda teruja sepanjang masa dan anda sendiri tidak perasaan....kenapa perlu teruja....keterjuaan itu memberi aura positive kepada anda dan aura tersebut akan menarik orang positive kepada anda dan keterujaan anda tu boleh berjangkit kepada prospect anda.

Macam mana nak DISIPLINKAN DIRI?...sentiasa check and balance.. monitor apa yang kita buat. Perlu ada record...saya berikan sedikit apa maksud disiplin pada saya...saya terjemahkan dalam gambar di bawah.

7. KEMBALIKAN KEPADA YANG MAHA ESA Doa adalah senjata paling ampuh yang anda ada. Cuma biasanya kita kurang yakin dengan doa kita sendiri. Ini memang point yang terakhir, tapi sebenarnya adalah point yang sangat penting. Kita kena memohon dari yang Maha Kaya dan yang Maha Terpuji. Dan kita kena selalu meminta tanpa putus asa. Jaga yang wajib dan tambah yang sunat. Antara amalan yang hebat yang anda boleh usaha untuk consistent amalkan adalah solat tahajud pada sepertiga malam. Anda boleh search info pasal kelebihan solat tahajud nie, cuma apa yang saya ingin kongsikan, sila rujuk surah Al Muzammil. Ada satu ayat tu yang menerangkan, solat malam ini amat kuat kesanya kepada jiwa kita. Ini penting sebagai satu suntikan semangat yang tidak putus. Semangat atau spirit ini umpana minyak petrol atau bahan bakar kenderaan kita. Walau hebat macam mana pun kereta kita, kalau minyak petrol habis...kenderaan tak boleh nak pergi mana. Kalau tak cukup pulak, mungkin tidak boleh pergi jauh atau pergi laju.... Jangan risau sama ada kita mencapai impian kita atau tidak, yang penting anda ada progress untuk kita capai impian kita. "Progress Much More Important Than Perfection" Sekian...semoga bermanfaat. Aziz Riadi Financial Coach

www.aarassociates.com

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page