top of page

POTENSI KEWANGAN DALAM DIRI...


Gambar : Sessi 1 on 1 Coaching on Financial Potential

Potensi kewangan dalam diri ni macam harta karun yang ada dalam peti besi berkunci yang tersorok dalam satu tempat rahsia. Dan sesiapa yang mampu untuk menjumpai peti besi tu, dan boleh bukak, maka dapat lah harta yang ada dalam peti tu. So, sama jugak potensi kewangan yang ada dalam diri kita. Setiap orang ada potensi kewangan, cuma mereka tak jumpa cari.

So, apa yang anda boleh buat adalah...kena cari orang yang boleh bantu anda untuk cari potensi kewangan tersebut...dan...kalau anda boleh bukak sendiri...then bagus, kalau tak boleh, minta tolong orang bukakkan bagi anda nampak apakah potensi kewangan yang anda boleh perolehi.

Antara step yang biasa saya kongsikan adalah...

1- Tetapkan matlamat kewangan anda.

Ini perkara pertama dan paling penting bila kita nak mengenali potensi kewangan dalam diri kita.

Contoh :

a- Nak beli rumah harga RM 300K - 400K untuk tempat tinggal...atau pelaburan di kawasan ....(ikut anda nak stay mana) atau tempat2 yang anda dah survey ada potensi untuk dapatkan rental return yang tinggi atau +ve cash flow paling kurang 7%-8% dari harga beli.

b- Atau pun financial goal anda untuk dapatkan capital gain...tak kisah walau pun rental return maybe -ve cash flow....tapi dari segi capital gain boleh dapat positive return. So, terpulang kepada matlamat kewangan anda. 2- Buat goal setting untuk capat matlamat kewangan anda

Buat reverse goal setting...daripada goal anda tu, macam mana nak capai....dan pecahkan kepada berapa tahun nak capai, then pecahkan kepada bulanan dan mingguan pulak....sebab apa?..Bila kita pecahkan kepada bahagian2 kecil, ia lebih nampak mudah untuk dilaksanakan.

3- Table out semua sumber kewangan dan apa2 sumber yang boleh membantu anda untuk capai financial goal.

Contoh (Senaraikan semua sumber income, expenses, commitment bulanan, hutang, cukai, pelaburan sedia ada..dan apa sumber2 yang anda ada termasuk dari segi network (kenalan) dan soft skill dan sebagainya)...

4- Senaraikan action plan... Buat action plan, mulakan dengan yang utama, dan pecahkan kepada bahagian kecil. Action plan ni, kena senaraikan....tak boleh ingat dalam kepala je. Kalau boleh buat check list. Dah buat tandakan...then, move to another action plan...

Sebagai contoh :

- Mulakan dengan tabiat menyimpan....walau pun sedikit...kena mulakan.

- Kurangkan atau stop berbelanja benda2 yang tak penting.

- Rekod semua perbelanjaan harian supaya kita boleh buat budgeting dan adjust expenses kepada yang paling minimum dan maksimumkan simpanan...

dan seterusnya...

5- Take Massive and Consistent Action

80% orang yang saya jumpa yang konon2nya nak ubah financial mereka, mereka tak buat pun apa yang disuruh. 10% hanya buat separuh jalan....10% sahaja yang buat sampai habis. So, kalau tak buat ilmu tu sampai habis macam mana nak capai financial goal kita.

6- Monitor regularly

Bila dah start tack action, kena monitor make sure apa yang kita buat inline dan algin dengan goal yang kita nak capai.

7- Improvise dari semasa ke semasa.

Sepanjang kita execute apa yang kita rancangkan, kita kaan jumpa macam2 yang kita boleh improve. So, start to improve from time to time. Kepada anda yang masih tercari2 macam mana nak perbaiki kewangan anda...anda boleh wasap saya di http://financialcoach.wasap.my. In sha Allah, saya akan bantu untuk bagi anda nampa potensi kewangan anda.

TQ

- AAR -

www.aarassociates.com

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page